Make your own free website on Tripod.com

Setiap orang pernah menghadapi tekanan dalam hidupnya. Tekanan yang dihadapi oleh seseorang dengan seseorang yang lain adalah berbeza -beza mengikut factor-faktor yang mempengaruhinya dan yang berada di persekitaran hidupnya. Di antara tekanan yang selalu melanda ialah tekanan jiwa yang dikenali juga sebagai tekanan emosi atau perasaan . Tekanan ini dipengaruhi oleh factor dalaman dan luaran . factor dalaman ialah suatu satu keadaan dalam jiwa yang tidak stabil dan kehilangan cirri-ciri kewarasan yang amat menekan perasaan sehingga boleh menyebabkan sesaorang itu hilang kawalan . Ianya juga disebabkan oleh factor-faktor luaran yang memberikan impak sama ada secara langsung atau tidak langsung terhadap perubahan tingkah laku sesaorang. Faktor-faktor luaran yang mempengaruhi emosi dan perasaan dan seterusnya menimbulkan konflik kendiri ialah seperti masalah keluarga yang dihadapi dalam kehidupan seharian disamping masalah kewangan yang banyak menjerut kehidupan sebahagian besar manusia tidak kira di desa , di kota atau dimana-mana sahaja yang biasanya dicetuskan oleh kirisis ekonomi sesebuah negara. Tidak kurang juga golongan yang kehilangan kasih sayang ekoran daripada rapuhnya institiusi keluarga dan perkahwinan dewasa ini. Masalah di sekolah yang mementingkan kejayaan ekademik atau yang berorientasikan peperiksaan telah membebankan pelajar-pelajar sekolah dan turut memberikan tempiasnya kepada golongan pendidik yang terpaksa mematuhi arahan daripihak yang berkenaan. Masalah lain yang tidak kurang menyumbangkan kemelut kepada emosi ialah kejutan budaya dalam interaksi social yang akhirnya dimanifestikan dengan tingkah laku negatif sehingga melanggar peraturan manusia dan kadang kala undang-undang Tuhan.

Semasa sesi praktikum berjalan sudah tentu memberikan sedikit kejutan budaya kepada pelajar yang terlibat dan ianya dapat dikenal pasti oleh guru melalui perubahan tingkah laku pelajar . Bagi pelajar yang aktif sebelumnya mereka mungkin menjadi bersikap berhati -hati manakala pelajar yang kurang aktif mereka mungkin akan mengambil tindakan hyper pasif . Untuk menghadapi fenomena seperti ini guru mestilah bijak mengesan dan peka terhadap pelajar seperti ini dengan mengambil langkah -langkah perlu yang efektif bagi membantu golongan pelajar seperti ini. Diantara langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru ialah dengan membentuk aktiviti berkumpulan seperti secara perbincangan , menyelesaikan masalah ataupun membuat eksperimen . Kaedah seperti ini boleh membantu meningkatkan keyakinan diri pelajar dan seterusnya menggalakan mereka melibatkan diri dengan proses pembelajaran. Bagi pelajar yang sememangnya dikenal pasti mempunyai masalah kendiri negetif dan bersifat introvert walaupun sudah ditempatkan didalam kumpulan perbincangan , maka guru tidak sepatutnya terus membiarkan pelajar ini bersikap tidak memberikan kerjasama dengan rakan -rakan kumpulannya . Guru mestilah mendampinginya , dengan memberikan semangat dan membantunya serta ahli kumpulan cara menyelesaikan masalah tugasan / aktiviti yang diberi dengan cara ini pelajar akan lebih rasa selesa dan berkeyakinan. Selain daripada itu terdapat juga pelajar yang mempuyai mental yang kurang cerdas atau dipanggil sebagai i.q rendah . mereka biasanya bersifat pemalu dan bersingkap mengasingkan diri . Pelajar seperti ini memerlukan perhatian dan bimbingan yang lebih dari guru . Guru perlulah meletakan mereka ini dalam kumpulan yang tersendiri dan mempunyai ektiviti yang mungkin lebih mudah atau ringan yang sesuai dengan kemampuan kognitif mereka . Guru juga perlu memberikan soalan-soalan yang senang dan mudah dijawab kerana setiap kali mereka boleh menjawab soalan yang diberikan maka timbulah kegembiraan dan keyakinan dalam hati mereka apatah lagi ianya diikuti dengan pujian dari guru mereka . Tidak menjadi masalah kepada guru jika ingin menggunakan pendekatan setuhan kepada pelajar ( body contact ) untuk merapati dan memberikan sikap percaya kepada diri sendiri serta menimbulkan kemesraan asalkan ianya dilakukan dengan cara-cara yang betul dan sesuai dengan golongan sasarnya. Bentuk sentuhan yang sesuai dilakukan adalah seperti usapan dibahagian belakang badan pada yang kaum sejenis dan juga memberikan tumpuan mata terutama ketika pelajar memberikan sesuatu pandangan atau jawapan mereka. Langkah-langkah positif seperti ini diharapkan dapat membantu pelajar menyesuaikan diri dalam interaksi sosialnya. Guru juga mestilah bijak dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran didalam kelasnya . Selain aktiviti-aktiviti yang dirancang mencapai objektifnya ianya juga hendaklah mempunyai elemen -elemen yang menarik minat dan menghiburkan pelajar dengan ini ianya dapat menarik penglibatan pelajar . Diantara aktiviti-aktiviti yang sesuai ialah seperti bercorak permainan dan teka teki dan contoh permaianan yang biasa dilakukan didalam kelas ialah kotak beracun dan teka silang kata . Natijah yang baik yang diperolehi daripadanya ialah akan dapat mengurang stras atau tekanan yang dihadapi pelajar.

Guru juga hendaklah menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang sesuai seperti demonstrasi dimana dengan guru menunjukan cara terlebih dahulu dibantu dengan bahan Bantu belajar yang jelas dan menarik, ianya akan meningkatkan motivasi murid untuk mencuba . Namun begitu guru hendaklah tidak lupa untuk menerapkan nilai-nilai murni dikalangan pelajar-pelajarnya dengan menanamkan nilai-nilai kerjasama semasa sesuatu aktiviti dijalankan. Memulakan sesuatu sesi pembelajaran di dalam kelas dengan dimulai dengan bacaan doa diakui mempunyai kesan positif , khususnya kepada pelajar namun untuk lebih membantu psikologi pelajar dalam sesuatu situasi yang agak tegang , guru perlulah mengigatkan pelajar akan peri pentingnya setiap pelajar menghayati doa yang dibaca khususnya bagi doa yang dibaca dalam bahasa melayu . Doa yang dibaca dengan mengikut adab dan desertai dengan penghayatan akan dapat membantu memberikan sifat keyakinan dan ketenagan dalam diri pelajar. Dengan pelbagai variasi rangsangan khususnya yang melibatkan pembelajaran berpusatkan murid akan membawa pelajar kepada suasana kesibukan belajar yang baik dan boleh mengurangkan tekanan kepada pelajar dalam sesuatu situasi yang menekan seperti sesi praktikum .